Tuesday, December 8, 2009

MENGAPA IBU MENANGIS?


Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya,

“ Ibu ,mengapa ibu menangis?
Ibu menjawab, “ Sebab aku wanita.’’
Saya tidak mengerti, kata si anak lagi .Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.
“Nak, kamu memang tidak akan mengerti ….”
Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya, “ Ayah mengapa ibu menangis ?
Si ayah menjawab, “ semua wanita memang menangis tanpa ada alasan .”
Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap tertanya–tanya, mengapa wanita menangis.
Pada suatu malam, dia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah SWT, mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah SWT menciptakan wanita, Dia menjadikan wanita sangat penting. Allah SWT menciptakanya bahu agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun bahu itu cukup lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.
Allah memberikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya walaupun selepas itu menerima cerca daripada anaknya sendiri. Allah memberikannya ketabahan yang tetap bertahan pantang menyerah disaat orang berputus asa. Allah juga memberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walaupun dirinya letih, sakit, lelah tetapi tanpa keluh kesah. Allah memberikan wanita perasaan kepekaan dan perasaan kasih sayang untuk mencintai anaknya dalam situasi apa–apapun biarpun anak–anaknya kerap kali melukai perasaan naluri seorang ibu. Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan. Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegetiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita?
Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.
Dan akhirnya, Allah berikan air mata agar dapat mencurah perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan dimana dia inginkan.Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita walaupun sebenarnya….air mata..!!!!

Sunday, November 15, 2009

HILANGNYA SEBUAH TAKHTA


Oleh : Setanggi Pawana

Salam pena pembuka bicara kali ini. Setelah berhempas pulas mendepani pelbagai masalah dancabaran dari awal tahun, akhirnya kita dapat sama-sama berdiri di puncak arena tahun 2009. Kehidupankita selaku hamba Allah SWT tidak pernah lekang dari ujian, samada besar atau kecil ia adalah satubentuk pentarbiahan untuk mematangkan diri dalam menyelusuri alam kehidupan. Dalam hal ini kitaperlu menggunakan nilai keimanan dan kebijaksanaan akal manusia supaya tidak terjerumus ke lembahkehinaan.

Pernahkah kita terfikir di benak hati insani, adakah manusia lain lebih baik daripada kita atau sebaliknya? Adakah mereka menghadapi masalah yang sama dengan masalah kita? Paparan kali ini ingin menyingkap sikap dan masalah yang berlaku di sekeliling kita tentang pergolakan rumah tangga yang berlaku di bumi Malaysia. Bagi tatapan kita bersama, baru-baru ini salah sebuah media massa di Malaysia telah memaparkan kisah yang dianggap penting selaku orang yang berilmu. Kisah ini amat menyedihkan bagi pembaca yang merasakan dirinya perlu mengubah keadaan untuk menjadi lebih baik.

Seorang suami telah diberi mandat dan pentaklifan oleh Allah SWT untuk mengendalikan sebuah takhta kerajaan yang cukup besar. Pentaklifan ini bukanlah suatu tugas yang dianggap mudah serta enteng oleh golongan suami. Namun demikian, sebilangan suami mengambil jalan mudah tanpa rasa tanggungjawab terhadap isteri dan anak- anak.

Perkahwinan yang dianjurkan oleh Islam bukanlah semata-mata mengucapkan lafaz ijab dan qabul untuk mendapatkan ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan tetapi hendaklah menguasai ilmu perkahwinan secara mendalam di sisi syara’. Sebilangan besar pada hari ini meletakkan perkahwinan adalah adat atau tradisi masyarakat melayu dan yang lebih parah hanya untuk menutup mulut dari orang berkata-kata tentang hubungan sumbang mereka. Allah SWT telah berfirman di dalam surah An-Nisa' yang bermaksud :

" Hai manusia, bertakwalah kepada Rabbmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu. dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perermpuan yang banyak .Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (memakai) nama -NYA kamu saling meminta satu sama lain dan peliharalah hubungan sillaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan megawasi kamu."

Mohonlah dijauhkan dari mendapat suami atau isteri yang tergolong dari golongan yang jahil lagi menyesatkan. Kes yang telah difailkan di mahkamah syariah Malaysia pada bulan ini berkaitan dayusnya seorang suami dan derhakanya seorang isteri. Kejadian ini berlaku di ibu kota Kuala Lumpur dan benar-benar terjadi. Sepasang suami isteri yang telah berkahwin lebih daripada setahun tidak dikurniakan anak. Namun, itu bukanlah permasalahan yang dihadapi oleh mereka.Si suami hanya menggoyang kaki di rumah telah memaksa isterinya mencari nafkah di luar. Apabila isteri pulang dengan tangan kosong akan dipukul dan ditampar sehingga cedera. Malangnya, nafkah yang dicari tidak diambil kira tentang halal dan haramnya malah si suami menyarankan isteri tersebut melacurkan diri untuk mendapatkan wang yang lumayan dan segera. Dalam masa yang sama, suami memiliki kekasih lain untuk dibawa ke hulu ke hilir tanpa hubungan yang sah.Suami tadi tidak akan membawa kekasihnya ke rumah bahkan memberi keizinan kepada isterinya bersama dengan kekasih atau lelaki lain di luar.Syarat yang diletakkan oleh suami ialah tidak membawa mana-mana kekasih untuk menginap di rumah mereka berdua,cukup hanya di luar rumah sahaja.

Suatu hari, mereka kesempitan wang dan memerlukannya dengan segera. Si suami menyuruh isterinya melakukan hubungan zina dengan lelaki lain, dalam masa yang sama merakamkan videountuk dijual di pasaran gelap. Setelah bergelumang dalam kancah kemaksiatan, isteri tersebut mula sedar lalu mengajak suaminya untuk kembali ke pangkal jalan tetapi ajakan tersebut seperti mencurah air ke atas daun keladi. Isteri dimarahi di atas timbulnya kesedaran tersebut dan mengambil jalan tengah untuk bercerai.

Kasih sayang sebagai suami terhadap isterinya langsung tidak diendahkan apatah lagi didikan agama yang sewajibnya diberikan. Inilah kebodohan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini yang berlanjutan tanpa kawalan daripada pihak yang berkuasa.

Suami isteri dalam perkahwinan masing-masing mempunyai hak dan peranannya. Pergolakan rumah tangga yang berlaku bukan hanya dari pihak suami malah pihak isteri. Sebilangan kes yang melibatkan hubungan suami isteri adalah berpunca dari isteri. Kejadian yang benar-benar berlaku ini perlulah menjadi iktibar kepada kaum isteri yang memegang tampuk sayap kiri dalam keluarga. Percaya atau tidak ia benar-benar berlaku. Sepasang suami isteri yang telah menjalani alam rumah tangga lebih kurang 3 tahun telah dikurniakan 2 orang cahaya mata. Mereka tinggal di kawasan perumahan di ibu kota. Perkahwinan yang didirikan atas dasar suka sama suka selepas tamat pengajian di salah sebuah universiti di timur tengah. Pada akhir zaman ini, masyarakat hilang pertimbangan walaupun mempunyai ijazah dan pangkat yang tinggi. Tahap pemikiran makin cetek dan dengkil untuk menimbang yang hak dan batil.

Kederhakaan seorang isteri terhadap suaminya telah diketahui oleh penduduk kawasan tersebut. Si suami terlampau berlembut dan memberi muka terhadap isterinya sehingga suami dipukul dan ditampar oleh isteri di khalayak ramai. Jiran sebelah rumah kerap kali mendengar isterinya meninggi suara apabila bercakap dengan suaminya. Kerana sayangkan anak-anak, suami masih mahu mempertahankan hubungan perkahwinan mereka walaupun diperlakukan sebegitu rupa. Suami tidak pernah melawan apabila dipukul sehingga cedera. Isterinya menjadi lebih berani apabila tindakan bodoh suaminya yang mendiamkan diri tersebut. Ini adalah kedayusan suami dalam memegang takhta raja dalam keluarga kerana tidak mengenal erti kasih sayang yang hakiki dalam perkahwinan. Islam telah menjelaskan berkenaan cara mendidik dan mengajar para isteri dalam rumah tangga.

Antara punca utama keruntuhan akhlak pemuda pemudi masa kini ialah kegoyahan institusi kekeluargaan yang dibina. Anak-anak yang lahir dari keluarga yang mendapat rahmat Allah SWT akan menjadikan masyarakat yang terancang serta berkualiti. Semoga kisah-kisah yang dipaparkan kali ini menjadi titik permulaan untuk golongan lelaki dan perempuan melakukan perubahan diri kepada yang lebih baik demi memastikan keharmonian rumah tangga. Memadailah bagi kita menyingkap sirah Rasulullah SAW, moga menjadi nakhoda pelayaran keluarga panduan hidup kita.


Wednesday, October 28, 2009

KUNCI PINTU MB BERKARAT

Salam coretan pena pada kali ini….saban tahun kita berhadapan dengan pelbagai masalah yang terjadi di sekitar Bkan,DPM mahupun PMRAM sendiri.Ada yang telah pun menemui jalan penyelesaiannya,ada yang masih mencari-cari apakah cara terbaik bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.Apa pun yang ditemui,pastikan jalan yang terbaik berada di titik noktahnya.Dalam kesibukan kita mencari penyelesaian yang dihadapi, terkadang kita terlupa untuk berhadapan dengan masalah yang dikira terpenting dalam diri mahasiswa/wi.Pernahkah kita terfikir tentang hati kita yang lesu dan malas untuk duduk bersama sahabat-sahabat yang lain dalam MUZAKARAH BERKELOMPOK?Pernahkah kita terfikir kita tidak layak digelar sebagai mahasiswa/wi zaman kini?Jawapan ada di tangan sahabat semua….
Kelesuan dan kemandoman kita untuk memberi komitmen dalam MB adalah sikap orang-orang yang jahil dan cetek dalam ilmu.Sedar tidak sedar inilah hakikat yang berlaku dalam diri kebanyakan mahasiswa/wi hari ini.Sepatutnya jika kita pemegang gelaran mahasiswa/wi yang belajar di gedung ilmu,masalah ini tidak akan timbul.Sekiranya dalam MB ada kekurangan yang perlu diperbaiki,kitalah yang selayaknya untuk menjadikan MB kita adalah yang paling best di peringkat BKAN mahupun DPM.Masalah yang timbul apabila ahli MB tidak mahu berbincang bersama fasilatator masing-masing tentang hal ini.Dengan tindakan yang kurang bijak terus memilh jalan untuk memboikot MB yang telah diberikan.Ini suatu tindakan yang merugikan diri kita malahan kepada Islam sendiri.
Sedari sahabat-sahabat...ruginya suatu perkara yang terjadi tersebut kadang-kadang disebabkan oleh tangan kita sendiri.Meletakkan ego dan perasaan di hadapan ilmu serta akal akan membuahkan hasil yang membahanakan.Kita sering mencari kesalahan orang lain tentang perkara ini,kononnya fasilatator dan kawan-kawan sekeliling yang bersalah tanpa memuhasabah tentang kesalahan diri sendiri.Pepatah pernah menyebut :1 JARI YANG MENUDING KEPADA ORANG LAIN AKAN ADA 4 JARI LAGI YANG MENUDING KE ARAHNYA.Pandai dan bijak berkata semata-mata tidak berguna tanpa ada sumbangan dalam gerak kerja dan tindakan.Sahabat-sahabat yang budiman….lari dan meninggalkan MB yang telah dirangka agendanya setiap minggu tersebut akan menjadikan diri kita kosong dan kontang dengan ilmu bersama para masyarakat.
Sikap manusia yang suka dengan perkara-perkara yang lebih menyeronokkan di luar sana adalah menjadi adat hari ini.Yang menyedihkan lagi,apabila dirangka pertemuan setiap hari Jumaat,ada saja alasan-alasan yang berjaya dicipta untuk mengaburi mata sahabat-sahabat yang lain.Ada yang nak baca kitab lah,ada yang nak pergi telefon orang di Malaysia lah,ada yang nak hantar ahli bait pulang ke Malaysia lah,pendek kata setiap minggu ada saja alasan-alasan yang menarik dan kreatif dihidangkan.Kalau alasan tersebut benar-benar berlaku tidak mengapa tetapi masalahnya ialah ia sengaja direka dan dicipta seolah-olah menerbitkan karya yang beredisi.Cuba duduk semeja dengan fasilatator yang ditaklifkan untuk MB kita, berbincang tentang masalah bersama umpama perbincangan anak beranak di rumah masing-masing.Dari situ akan wujudnya persefahaman yang terbaik di kalangan ahli MB.Sebagai contoh,jika hari Jumaat tidak dapat membuat pertemuan disebabkan maslah yang tidak dapat dielakkan,rancang masa dan ketika yang sesuai untuk membuat pertemuan lain untuk menjalankan MB kita.
Syabas dan alfun mabruk diucapkan kepada diri yang berjaya meletakkan jasad dan hatinya ke dalam MB pada setiap minggu dengan penuh keikhlasan hati.Moga pengorbanan yang dilaburkan akan menjadikan kita insan yang terpilih serta mendapat pujian dan limpahan rahmat dari Allah swt.Allah merakamkan dalam al-quran yang bermaksud: Kemudian hatimu menjadi keras sehingga (hatimu) seperti batu,bahkan lebih keras-Al Baqarah(74).



Hati manusia yang dahagakan peringatan dan nasihat dari orang lain akan memastikan dirinya berada di tempat yang sepatutnya.Bahkan sebagai manusia yang berfikiran waras serta terbuka akan membuka kunci pintu hatinya untuk sama-sama hadir ke dalam MB dan mengambil sebanyak mungkin daripada pertemuan tersebut.Pergolakan yang berlaku pada era dahulu dan kini adalah berkaratnya kunci pintu hati-hati sebilangan manusia untuk mahu bersama dalam MB yang dijalankan. Bayangkan sejenak….kita sebagai tuan rumah yang merancang pelbagai agenda untuk satu majlis perkahwinan tetapi para tetamu tidak sudi hadir ke majlis perkahwinan tersebut.Apakah reaksi dan perasaan kita selaku tuan rumah tersebut?Hanya orang yang kurang waras akan mengatakan tak kisah dan tidak ada perasaan marah dan sedih .
Umar Abdul Aziz pernah menyebut di dalam kalamnya yang berbunyi:
Barangsiapa yang hari ini tidak berbeza dengan hari semalam,maka dia adalah orang yang tertipu dan barangsiapa yang hari ini lebih buruk dari hari semalam maka dia adalah manusia yang terkutuk….
Persoalan yang ingin dilontarkan kepada sekelian diri pembaca….sampai bilakah kunci pintu MB kita akan berkarat?Bilakah dan bagaimana kita mahu membuka pintu hati kita untuk mengimarahkan MB yang telah lama kesepian suara kita?Menurutkan kemalasan,keegoaan,kemarahan dan pasifnya diri kita untuk MB tiada penghujungnya.Itu semua akan menjadikan kita umpama katak di dalam gelas.Mengerti dan melihat peri pentingnya MB kepada diri kita tetapi hanya berdiam diri di takuk yang lama.Pepatah Melayu sering diukirkan di bibir sahabat-sahabat..
Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna….Apabila pulang ke tanah air ketika itu kita akan tahu betapa ruginya kita tidak berjaya mengutip ilmu bermasyarakat melalui MB.Ingatan pada diri kita...apabila kita ditakdirkan Allah swt suatu hari nanti, membawa orang lain untuk dipimpin seperti seorang guru memimpin tangan anak muridnya atau ayah memimpin tangan anaknya dan suami memimpin tangan isterinya...ketika itu mereka memalingkan tangan dan membodohkan kita,saat itu kita akan teringat, kita pernah melakukan sebegitu rupa kepada orang lain pada dulunya….Itu adalah janji Allah yang pasti kerana setiap perkara yang dilakukan ada balasannya.Cabar diri kita supaya tidak melakukan kesalahan dan kesilapan yang sama dilakukan.Kesilapan kita yang lalu untuk tidak hadir ke dalam MB biarkan dengan noktah akhirnya tetapi mulakan pembaharuan dalam diri dengan MEMBUKA PINTU KUNCI MB dengan kehadiran kita bersama sahabat-sahabat yang lain.Dari situ kebersamaan kita dalam mendepani pelbagai masalah akan menemui jalan penyelesaiannya secara mudah dan terancang.Akhirnya kita akan lihat bahawa kunci pintu MB yang berkarat akan bersinar kembali….
Renungkan sebuah kata-kata ini…. ENGKAU TELAH DIBERI ILMU,MAKA JANGAN ENGKAU KOTORI ILMUMU DENGAN KEGELAPAN DOSA-DOSA HINGGA ENGKAU TETAP DALAM KEGELAPAN DI SAAT PARA AHLI ILMU DITERANGI OLEH ILMU MEREKA ….(imam Syafie)

Monday, September 14, 2009

KONTANGNYA PELINCIR DALAM TAKUNGAN


Salam Ramadhan pembuka bicara untuk coretan kali ini.Moga-moga gema sepuluh malam terakhir yang dihidangkan untuk kita sebagai hamba Allah swt ,berjaya melayakkan kita untuk kemenangan di Syawal yang bakal tiba.Jika zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat dibarisi dengan mehnah dan tribulasi dalam dakwahnya, sudah pasti kita yang hidup sebagai penyambung risalah tersebut pada hari ini berhadapan dengan situasai yang sama.Allah swt pernah menyebut di dalam kitab suci Al-Quran dalam surah At-Taubah ayat 24 :

“ katakanlah : jika bapa-bapa,anak-anak,saudara-saudara,isteri-isteri,kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan,perniagaan yang kamu khuatiri akan kerugiannya,dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNYA dan (dari) berjihad dijalannya,maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNYA”

Ayat tersebut menerangkan kepada kita tentang saranan berjihad di jalan ALLAH SWT dalam pelbagai sudut kehidupan sebagai seorang muslim yang beriman dengan Allah dan RasulNYA.Di dalam kita melunasi kehidupan selaku rantai perjuangan Rasulullah S.A.W , kepahitan dan keperitan adalah sunnah dalam perjuangan.Ini adalah suatu bentuk pentarbiahan bagi mematangkan individu muslim yang yakin dengan janji Allah.Yang pasti pernahkah kita terfikir dalam benak fikiran insani kita tentang pengorbanan diri untuk agama ALLAH SWT?Adakah kita bertanya pada diri yang hina,apakah sumbangan aku untuk Islam atau hanya suka bertanya apakah sumbangan Islam untuk aku?

Mari kita selami sahabat-sahabat situasi kita pada hari ini!Realiti yang berlaku dalam diri mahasiswa/wi di bumi mesir adalah lokeknya untuk memberikan sumbangan dalam bentuk fikiran atau tenaga kepada persatuan dan pertubuhan yang dinaunginya.Masalah ini bukanlah berlaku kepada seluruh mahasiswa/wi tetapi ia berkisar dalam bilangan yang besar di kalangan mahasiwa/wi kita.Tidak perlu menuding jari mencari kesilapan dan kesalahan orang lain dalam masalah ini ,tetapi sama-sama kita cuba perbaiki.Syabas dan sekalung tahniah diberikan kepada golongan yang berhempas pulas memberikan khidmatnya kepada PMRAM dan persatuan BKAN masing-masing ikhlas kerana ALLAH SWT.Moga jasa dan kebaikan yang disumbangkan tidak terhenti di sini sahaja.
Dalam gerak kerja kita selaku barisan penyokong dan pendokong PMRAM dan KPIPM khususnya bukanlah terbeban di bahu individu tertentu, bahkan ia perlu dilaksanakan secara bergandingan dan kerjasama yang jitu daripada semua golongan kerana ALLAH SWT merakamkan dalam al-quran yang bermaksud:

“sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang berperang di jalan-NYA dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh”AS-SOFF(4).Jelas di situ bahawa kebersamaan kita dalam melakukan gerak kerja adalah suatu perkara yang bukan dianggap remeh bahkan ia adalah penentu keberhasilan diakhirnya.



Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH SWT,penilaian kebaikan yang kita lakukan bukanlah dinilai dari segi kecil atau besarnya sumbangan tersebut tetapi keikhlasan dalam diri.Amatlah rugi sekiranya kita menjadi golongan yang menunggu-nunggu saat dan ketika yang sesuai untuk memberikan sumbangan kebaikan demi untuk Islam.Jangan menjadi golongan yang banyak bertanya tanpa melakukan apa-apa tetapi letakkan diri dan jiwa kita dalam barisan yang tamak untuk melakukan sumbangan kebaikan.Bukan mudah menjadi suatu golongan yang disebut dalam Al – Quran dalam surah AS-SOFF ayat 14 yang bermaksud:

“ Hai orang-orang yang beriman,jadilah kamu penolong-penolong agama Allah sebagaimana Isa putera Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia:”siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku(untuk menegakkan agama )Allah?pengikut-pengikut yang setia itu berkata:”kamilah penolong-penolong agama Allah”lalu segolongan dari bani Israil beriman dan segolongan yang lain kafir:maka kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuih-musuh mereka,lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.”

Menjadi barisan pendokong dan penyokong PMRAM atau KPIPM khususnya, tidak mengenal usia dan jawatan semata-mata kerana tugas pendakwah dan khalifah telah terpundak sejak azali lagi.Jawatan dan pangkat hanyalah tertulis di atas kertas semata-mata,kebenarannya semua golongan yang bergelar khalifah hendaklah menjalankan amanah di tangannya.Apa yang terjadi pada hari ini ialah sesetengah golongan yang menganggap sumbangan dan khidmat yang diberikan berdasarkan jawatan dan pangkat.
Pemikiran seperti ini perlu dilemparkan jauh daripada kehidupan kita sebagai golongan mahasiswa/wi Islam masa kini.Pemikiran ini jugalah yang dapat membarahkan keadaan dan situasi kita hari ini.Jika ini berlarutan tanpa penghujung dan penyelesaian,maka kita akan lihat kehancuran umat Islam hari ini dan akan datang.Perpecahan umat Islam kini memberikan impak yang besar dalam strategi pihak kafir untuk mereka menghancurkan umat Islam.Jangan terlalu mengikut hawa nafsu dan perasaan dalam diri, tetapi ajak dan didik diri untuk sama-sama memperbaiki kesilapan yang ada.

Kebanjiran pelajar-pelajar pulang ke Malaysia pada tahun ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada tenaga penggerak dan pelincir dalam persatuan.Hal ini bukan sahaja dirasai oleh KPIPM bahkan dewan perwakilan-dewan perwakilan mahasiswa/wi di bumi Mesir seterusnya PMRAM sendiri.Perkara ini perlu difikirkan bersama bagi memudahkan lagi gerak kerja kita untuk sesi ini dan akan datang.Mungkinkah hal ini akan berlaku setiap tahun atau hanya pada tahun ini sahaja?Apa yang pasti selaku golongan yang berkesempatan untuk menyambut Aidilfitri di Mesir pada tahun ini,perlulah berganding bahu dan menyumbangkan sebanyak mungkin sumbangan tenaga dan buah fikiran yang ada untuk KPIPM dan PMRAM khususnya.
Kefahaman dan kerjasama yang terbaik dari semua golongan yang ada pada hari ini perlulah disatukan di bawah kesatuan yang jelas.Ini bagi memudahkan lagi gerak kerja kita dalam menjayakan program-progam yang bakal dijayakan pada tahun ini.Kebajikan serta kebaikan yang disumbangkan dengan seikhlas hati mudah-mudahan diganjari pahala dan syurga ALLAH SWT yang pasti.Tiada wang ringgit atau balasan keduniaan dapat diberikan daripada pengorbanan kalian, melainkan hadiah dari RABBUL IZZATI di akhirat kelak kerana DIA tidak pernah memungkiri janjiNYA.Setiap kebaikan yang datang dari hambanya walaupun sebesar zarah pasti akan dibalas dengan kebaikan di sisiNYA manakala setiap kejahatan dan keburukan daripada hambaNYA pasti dibalasi dengan azabNYA yang pedih.Serulah diri serta sahabat-sahabat seperjuangan lain agar segera mengisi ruang kekontangan pelincir yang berada di depan mata kita dengan menyumbangkan seberapa banyak kebaikan demi untuk Islam tercinta.

Dengan hari kemenangan Aidilfitri yang kian menjelma,perbaikilah diri dari semasa ke semasa untuk memastikan kita meraih kemenangan yang sebenar-benarnya.Moga-moga dengan kesedaran dari semua pihak dapat membuktikan hadaf serta tujuan kita tercapai di akhir keputusan.Dikesempatan yang terluang ini, barisan kepimpinan KPIPM SESI 2009/2010 mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDULFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.Sebelum mengakhiri kalam coretan kali ini,hayati kata-kata yang ditinggalkan:

“PENGORBANAN DAN KEPERITAN YANG LAHIR DARI JIWA YANG MENCINTAI KEBAIKAN, AKAN DATANG KEPADANYA SEJUMLAH KEBAIKAN YANG SUKAR DIHITUNG UNTUK MENJADIKAN DIRINYA INSAN YANG TERBAIK”


SIRRU A’LA BARAKATILLAH

Friday, September 11, 2009

AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB - Ketua Hewi KPIPM


الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين,
أما بعد...
Selaut kesyukuran dan pujian buat Pencipta Semesta Alam atas Iradah dan Inayahnya kita masih mengecapi nikmat Iman dan Islam, Alhamdulillah..
Selawat dan salam penuh kecintaan dan kerinduan buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w. , ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi’ tabiin dan para solihin serta seluruh pendokong risalah baginda di akhir zaman ini.

-: قال تعالى فى كتابه العزيز
" واذ قال ربك للملائكة اني جاعل فى الأرض خليفة "

-: وقال الرسول صلى الله عليه وسلم
" كلكم راع وكل راع مسئول عن رعيته

Firman Allah s.w.t dan sabda Rasulullah s.a.w. ini saya tujukan buat semua saf kepimpinan KPIPM 2009/2010 khususnya dan seluruh ahli KPIPM yang dikasihi umumnya. Saya tidak berhasrat untuk menghuraikan kedua-dua kalam suci ini dengan panjang lebar kerana saya percaya sahabat-sahabat selaku azhari dan azhariyah mampu mentadabbur dan memahami kedua-dua kalam ini dengan baik malah lebih baik daripada saya, insyaAllah.
Justeru, saya menyeru kepada semua sahabat agar kita mengaplikasikan kefahaman yang diperolehi daripada kedua-dua kalam mulia ini dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab kita sama ada sebagai kepimpinan mahupun ahli.
Seterusnya, sempena menunaikan ibadah Ramadhan Al-Mubarak ini, saya juga ingin menyeru dan mengajak sahabat-sahabat untuk kita sama-sama menambah amalan, meningkatkan ketaqwaan dan mencari keredhaan Sang Pencipta Yang Maha Agung.
Sebelum mengakhiri kalam ini, saya bawakan satu maksud sabda Nabi s.a.w untuk kita hayati bersama:
“ Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah dinaungi lembayung bulan yang agung lagi diberkati. Bulan yang terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. Allah menetapkan kewajipan berpuasa di siang hari dan disunatkan menghidupkan malamnya. Sesiapa yang mendekatkan diri dengan perkara yang sunat maka seolah-olah dia melakukan tujuh puluh kefarduan di bulan yang lain. Bulan ramadhan adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga abadi. Bulan ini adalah bulan pertolongan dan bulan bertambahnya rezeki orang yang beriman.
Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka maka diampunkan dosa-dosanya, dibebaskan dirinya dari api neraka dan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa. Namun, pahala orang yang berpuasa tidak berkurang sedikitpun.
Maka para sahabat berkata: “ tidak semua diantara kami yang mampu untuk menyediakan hidangan untuk orang yang berpuasa”, lantas Nabi s.a.w bersabda: “ ganjaran ini akan diberi kepada orang yang menjamu orang yang berpuasa walaupun dengan sebiji kurma, seteguk air atau susu. Bulan ramadhan adalah bulan yang diawalnya rahmat, ditengahnya keampunan dan diakhirnya pembebasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan hambanya pada bulan ramadhan , Allah akan mengampunkan dosanya dan membebaskannya dari api neraka. Hendaklah kamu memperbanyakkan padanya 4 perkara. Dua perkara yang menyebabkan Tuhan redha padamu dan dua perkara lagi yang perlu kamu lakukan pada bulan ramadhan. Adapun 2 perkara yang menyebabkan Tuhan redha padamu ialah penyaksian tiada Tuhan melainkan Allah dan kamu meminta ampun kepadaNYA. Dan 2 perkara lagi yang perlu kamu lakukan ialah meminta syurga Allah dan berlindung padaNYA dari neraka. Sesiapa yang memberi minum pada orang yang berpuasa Allah akan memberinya minum dari kalamku yang mana minuman itu menyebabkan ia tidak akan merasa dahaga sehingga dia masuk ke syurga”.
( Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dan Haithami)

STRUKTUR ORGANISASI HEWI KPIPM SESI 2009 / 2010



STRUKTUR ORGANISASI HAL EHWAL WANITA ISLAM
KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR
SESI 2009 / 2010


KETUA HEWI
SITI SALAMAH BT HAMZAH

TIMBALAN KETUA HEWI
DZULYALYNA BT AHMAD ZAHIDI

SETIAUSAHA
HUZAIFA BT HASSAN

TIMBALAN SETIAUSAHA ( BENDAHARI )
NORZIHAN BT MOHD RAFIDI

KETUA BIRO DAKWAH DAN TARBIAH HEWI
NORUL AIMI BT MOHD RAZI

KETUA BIRO KEBAJIKAN, KESENIAN DAN RIADHAH HEWI
NORSHUHADA BT HASYIFUDDIN

KETUA BIRO PELAJARAN DAN ILMIAH HEWI
NURUL AIMI JALWATI BT MOHD RANI

KETUA BIRO PERUMAHAN HEWI
SAIDATUL YUHANIS BT DAHWANI

KETUA BIRO PERHUBUNGAN SAMBUTAN DAN REHLAH HEWI
NOOR SYUHADA BT ZOLKAFLI

KETUA BIRO EKONOMI HEWI
HAZILA BT ABDUL HAMID

Saturday, June 20, 2009

GELARAN "ISTERI" DI DALAM AL-QURAN

Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepada wanita keistimewaan yang terlalu banyak. Ini menunjukkan betapa kasihnya Allah SWT kepada kaun Hawa. Tidak ada satu pun agama di dunia ini yang memberikan banyak keistimewaan kepada kaum wanita selain daripada agama Islam.Sesungguhnya tiada mana-mana ajaran atau ideologi atau agama lain yang memberi layanan dengan sebegitu baiksebagaimana Islam melayan wanitanya.Malah seandainya seluruh wanita yang cerdik pandai, beharta, dan berkuasa di seluruh dunia ini bergabung untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, pasti mereka tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik seperti yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam agama Islam.Hakikatnya betapa kasihnya Allah SWT kepada wanita.

Bagaimanapun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini dan tertipu oleh nafsu sendiri. Mereka rasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu ke atas wanita Islam seperti penutupan aurat, larangan bergaul bebas, poligami, dan sebagainya. Mereka menganggap peraturan-peraturan dan amalan-amalan ini sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.Melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah sebolehnya mereka tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak muhasabah, sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan serta larangan itu dan ini atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Allah SWT sebenarnya sangat kasih kepada dan memulaikan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Allah SWT kenakan ke atas kaum wanita semata-mata untuk keselamatan dan kebaikan dirinya dan masyarakat, sekali-kali tidak untuk menyusahkan mereka. tetapi atas alasan dan hujah apa dakwaan ini dibuat?. Mari kita lihat antara pengiktirafan yang diberikan oleh Allah SWT kepada wanita,sama ada secara langsung ataupun tidak.

Gelaran "Isteri" Di Dalam Al-Quran

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam al-Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa-bahasa yang lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Sebagai contoh di dalam Bahasa Inggeris, perkataan untuk suami adalah "husband" dan untuk isteri adalah "wife". Tetapi di dalam al-Quran, suami dan isteri tidak disebut dalam dua perkataan yang berbeza. Hanya satu perkataan yang digunakan iaitu "zauj" yang bermaksud pasangan. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan.

Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin, atau sepasang baju, tentulah kita menganggap semua itu adalah setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap bahawa stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah perumpamaan sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam al-Quran. Namun, gelaran "zaujh" ini hanya diberikan kepada isteri yang beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut "zaujh". Contohnya isteri Nabi Luth dan isteri nabi Nuh a.s. Di dalam al-Quran mereka disebut "imraah" kerana isteri sedemikian tidak dianggap pelengkap mahupun pelindung kepada suaminya.


Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu

Adakah wanita tidak berasa mulia dengan kenyataan ini, yang terkandung dalam salah sebuah hadith Rasulullah? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan tidak "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini mengambarkan sangat mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang beriman, tentu akan memandang mulia, menghormati, membela, dan berlumba-lumba untuk berkhidmat dan menghambakan diri kepada ibunya dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggari syariat. Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati, dan dimuliakan oleh anak-anaknya.


Bahagian Tubuh Wanita yang Dianugerahkan Nama yang Mulia.

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil daripada nama Allah SWT yang bermaksud "Maha Penyayang". Sudah tentu Allah SWT tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentu Allah SWT akan memilih sesuatu yang mulia, juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Allah SWT dan memberi makan kepada apa yang Allah SWT telah ciptakan. Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Allah SWT kerana Dia telah memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa dapat menafikan kepentingan rahim bagi kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup membuktikan betapa mulianya wanita di sisi Allah SWT.

Begitu Maha Pemurah dan Maha Pengasih Allah SWT kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Seandainya wanita Pejuang hak asasi wanita itu mengetahui betapa banyak kemuliaan dan ganjaran yang Allah bagi kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka itu. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Apa yang Allah SWT tawarkan dan berikan itupun sudah terlalu banyak nikmatnya.

Monday, May 25, 2009

WANITA DAN MALU

Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu adalah lambang kesempurnaan iman sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dengan sabdanya yang bermaksud: "Sifat malu adalah ranting (cabang) daripada iman". (Riwayat Bukhari & Muslim)

Sifat malu merupakan perhiasan utama bagi seorang muslimah. Muslimah yang bekerjaya atau muslimah yang menjadi suri rumah sepenuh masa tetap diperintahkan mempertahankan fitrah mereka dengan memelihara sifat malu. Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah SWT. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah SWT di dunia dan akhirat.

Namun malu yang bersifat negatif pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT. Lebih parah sekiranya mereka melakukan apa yang dilarang oleh Allah, dan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat. Wanita juga tidak harus malu dalam mempelajari ilmu pengetahuan Islam dan tidak boleh malu dalam menuntut kebenaran.

Wanita muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden. Mementingkan pandangan Allah SWT lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak mengapa jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot, dan sebagainya, yang penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga, dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.

Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki , yang dapat menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin.

Sifat malu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia, malah di akhirat juga, insyaAllah. Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
" Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya". (Riwayat Bukhari)

Diantara kesan sifat malu ialah:
  • Al-'iffah iaitu kesopanan yang menghalang diri daripada melakukan sesuatu perkara yang tidak baik dan keji.
  • Al-wafa' iaitu benar pada janji dan amanah. Al-Ahraf bin Qais berkata : " Dua perkara yang tidak terhimpun kedua-duanya selama-lamanya di dalam kehidupan manusia iaitu dusta dan maruah". Maruah yang dimaksudkan termasuklah benar, amanah, malu, dan kesopanan.

Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita, malah memelihara diri wanita itu sendiri dari kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Yakinlah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.

Friday, May 22, 2009

UNTUKMU WANITA...

Agungnya ciptaan Allah Taala menjadikan manusia dengan seindah ciptaan, pelbagai rupa dan berkisah ragam. Begitu jugalah halnya dengan seorang yang bergelar wanita. Penciptaan seorang wanita yang berbeza dengan lelaki bermula dari bentuk fizikal sehinggalah fitrah naluri yang Allah anugerahkan. Betapa Allah ingin menjaga dan memuliakan seorang wanita sehingga dinamakan satu surah didalam Al-Quran dengan nama surah An-nisa', Allah tidak menamakannya dengan surah Ar-Rijal. Begitu juga dengan seorang wanita suci yang Allah maktubkan namanya didalam Al-Quran sebagai nama surah Maryam.

Menyingkap kisah di zaman jahiliyah wanita hanya dipandang rendah, dipergunakan dan mereka menganggap tiada berharganya menjadi seorang wanita. Menjadi kepelikan bukankah mereka juga keluar dari perut seorang wanita?Andai wanita ini tiada nilainya jadi mereka yang lahir itu apatah lagi. Tetapi malangnya perkara ini tidak difikir malah diendahkan. Sehinggalah datang Nabi Muhammad SAW mengangkat dan memuliakan seorang wanita. Dari seorang anak kecil perempuan lah nanti bakal bergelar seorang ibu. Bukankah ibu seorang yang mulia?.

Diantara kelebihan seorang wanita ini adalah doa seorang wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w ; Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

Disini bukanlah bermaksud bapa tidak penyayang akan tetapi ibu lebih-lebih lagi bersifat penyayang kerana ibulah yang mengandungkan si anak selama sembilan bulan, melahirkan, menyusukan dan menjaganya dengan dengan penuh kasih.Pastinya Allah menawarkan kelebihan-kelebihan kepada wanita kerana fitrah yang dianugerahkan. Lihat sahaja hadis yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW :

"Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki".

Begitu mudah dan senang Allah memberikan ganjaran kepada kaum wanita namun usah dilupakan bahawa begitu mudah dan senang juga untuk Allah menempelak dan menghumban kaum wanita ke neraka berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud :

" Diperlihatkan bagiku Neraka, maka tiba-tiba kebanyakan ahlinya adalah perempuan yang kufur". Sahabat bertanya : " Adakah mereka kufur kepada Allah SWT? Baginda bersabda :
" Mereka mengkufuri suami dan mengkufuri kebaikan, jika kamu berbuat baik kepada salah seorang dari mereka (para isteri kamu) sepanjang masa kemudian dia melihat sesuatu yang tidak elok baginya pada diri kamu, nescaya dia akan berkata :" Aku tidak pernah melihat daripada engkau sesuatu pun dari kebajikan sama sekali."

Sudah nyata lagi bersuluh anugerah yang Allah sediakan dan balasan yang dijanjikan bagi wanita yang mengingkarinya. Ingin menjadi wanita yang bahagia di dunia, dimohon ampun untuknya segala ikan di lautan, dipuji sekalian ahli langit maka telitilah lembaran cinta Allah Taala di dalam Al-Quran dan bicara kasih Nabi SAW didalam Sunnahnya berkenaan wanita. Pesanan yang Nabi tinggalkan untuk wanita sepertimana hadis baginda SAW :

الدنيا متاع وخير متاع المرأة الصلحة

"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"

Jadi apa yang ditunggu, bulatkan azam bahawa "aku ingin menjadi wanita solehah".

SUSAHKAN MENJADI PEREMPUAN

Pernah atau tidak kalam ini terlintas dihati? Tentunya ada dikalangan perempuan yang pernah berfikir sedemikian. Menjadi perempuan terlalu banyak perkara yang perlu dijaga. Suara perempuan adalah aurat, seluruh jasadnya adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan sahaja, perempuan tidak boleh berbicara dengan suara yang halus dan menggoda dengan si lelaki, perempuan tidak boleh berjalan dengan lenggang-lenggok malahan jika boleh biarlah perempuan tidak dipandang oleh lelaki apabila dia berada di jalanan. Segalanya berkenaan perempuan perlu dititik beratkan sehinggakan emosi perempuan pun perlu dirai jagakan.

Susahkan menjadi perempuan, apabila usia menjengah baligh, si ibu dan ayah mulai risau anak perempuannya kian membesar dan nanti semakin menjadi perhatian si lelaki. Tambahan pula apabila si anak perempuan berada jauh dari pandangan mata ibu dan ayah, bergantung harap pada Allah Taala sahaja. Si anak perempuan seperti layang-layang yang terputus talinya, hilang tempat perlindungan hanya yakin dan percaya pada teman-teman sekeliling selain tawakkal kepada Allah Taala.

Susahkan menjadi perempuan, apabila sudah dipinang orang, segala makan pakai dan kehidupan si suami semuanya perlu dibuat dan diuruskan oleh si isteri. Si suami yang semasa bujangnya pandai menguruskan diri, apabila sudah berkahwin isteri sahajalah yang diharapkannya. Aduhai manja dan senangnya si suami.

Susahkan menjadi perempuan, apabila lahirnya anak, si ibu jugalah yang lebih risau dan prihatin terhadap anaknya. Si bapa tidur berdengkur tetapi si ibu bersengkang mata menenangkan anak yang menangis malam. Si anak pula sudah bijak bau ibunya sahaja yang dihendakkannya. Semakin senanglah si bapa.

Susahkan menjadi perempuan, setiap peringkat usia perempuan jugalah yang kena. Kalau tiada perempuan di dunia ini mungkin tidak senang hidup lelaki. Tidak ceria hidup kumbang tanpa kumtuman bebunga.

Akan tetapi wahai sekalian perempuan, mengapa Allah menjadikan sedemikian?
Nyata Allah menjadikan perempuan sesuai dengan fitrahnya. Seawal usia baligh dijaganya supaya dapat mengelakkan dari terjadinya gejala sosial akibat perempuan yang buruk akhlaknya. Tidak pandai menjaga diri sehinggakan lelaki-lelaki jahat terpedaya olehnya.
Si isteri yang berkorban hanya untuk suami yang memberikan nafkah dan perlindungan untuknya, Allah dan Rasul-Nya menjanjikan rahmat dan syurga untuk si isteri seperti firman Allah Taala di dalam surah An-nisa' (ayat 34):

فالصالحات قانتات حافظات للغيب بما حفظ الله
" Maka perempuan-perempuan yang solehah itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama dengan pemeliharaan Allah dan pertolongannya."

Syurga bagi isteri adalah pada suaminya, bertepatan dengan hadis Nabi SAW :

فانظرى اين انت منه؟ فانما هو جنك ونارك

" Fikirkanlah dimana kamu hendak berada, letakkan dirimu disisinya, kerana sesungguhnya dia (suamimu) adalah syurgamu dan nerakamu."

Apalah sangat pengorbanan dan titik peluh isteri kepada suami jika dibandingkan dengan ganjaran syurga Allah Taala buat si isteri yang taat, pahala yang besar memerlukan pengorbanan yang besar juga.

Si ibu pula dengan fitrahnya lemah-lembut,mengambil berat dan penyayang itu, pastinya pengorbanan yang sedemikian mendapat ganjaran pahala yang cukup hebat dari Allah Taala. Seperti maksud sabda Nabi SAW :

" Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan."

Dalam hadis Nabi SAW yang lain juga ada menyebut yang bermaksud :

" Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT."

Maka beruntunglah anda menjadi perempuan, mudah mendapat pahala, hanya perlu ikuti sahaja telunjuk Allah dan Rasul-Nya, pasti syurga menanti dengan seluas-luas kenikmatan.

Wednesday, January 21, 2009

KEJAHATAN IBLIS

Sesungguhnya iblis adalah makhluk yang telah diciptakan daripada api, dan penciptaannya adalah lebih awal daripada manusia...

Iblis berkata : " Wahai Tuhanku, kerana Engkau telah menyesatkan aku, maka sungguh aku akan perhiaskan kejahatan kepada manusia di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas diantara mereka."

Allah SWT berfirman :" Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap aku memeliharanya. Sesungguhnya hambaKu, tidaklah ada bagimu kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang yang sesat." (Surah al-Hijr: 30-42)

Iblis pandai memujuk rayu untuk menyesatkan manusia, datang pada setiap waktu dari pelbagai penjuru, malah dapat memasuki badan manusia, sehingga berjalan di dalamnya seperti mengalirnya darah, bersembunyi daam hati dan tinggal dalam akal manusia.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bemaksud, : "Sesungguhnya syaitan berjalan pada manusia di pembuluh darah (semua yang boleh dilalui darah) -Hadith riwayat Bukhari& Muslim-

Apabila ia di hati, manusia akan menjadi was-was dan khuatir tidak menentu dalam perkara kebaikan, malah membenci kebaikan dan gemar kepada yang salah.

Jika ia bersarang di akal, manusia asyik memikirkan keuntungan peribadi sahaja, tanpa memperdulikan hak dan kebajikan orang lain.

Demikian juga, jika ia bertempat di dalam badan, atau anggota badan manusia, membuatkan manusia lebih suka kepada kemungkaran, benci kepada ketaatan, cenderung kepada perkara yang bertentangan dengan kebenaran.

Tujuan iblis ialah supaya manusia mengikuti jejaknya, tidak mentaati Allah, dan melanggar segala perintahNya sehingga sama-sama memasuki neraka.

"Dan sesungguhnya neraka jahannam itu tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka yang menurutmu" (Surah al-Hijr :43)

Kelicikan iblis dapat mengaburi manusia jika imannya pudar, luntur, dan tidak dibajai dengan mengingati Allah SWT. Tetapi mereka yang terpedaya dengan iblis semestinya menyesal kemudian hari walaupun pada peringkat awal dibuai keseronokkan.

Kesimpulannya, semua manusia tidak terlepas daripada godaan, pujuk rayu, dan pengaruh iblis. Kecuali bagi mereka yang kuat iman dapat melepasi godaan itu, manakala yang lemah iman, akan terjerumus ke dalam perangkapnya.

Thursday, September 4, 2008

KAJI DIRI ANDA !!

Tujuh perbezaan psikologi lelaki dan wanita:

# Lelaki memahami suatu situasi secara keseluruhan dan berfikir secara global sedangkan wanita ..memusatkan’ pemikiran mereka serta bergantung kepada perincian dan nuansa.

# Lelaki adalah pembina dan pencipta. Mereka mengambil risiko dan melakukan eksperimen. Wanita pula memilih pengetahuan paling bernilai dan menurunkannya kepada generasi seterusnya.

# Lelaki lebih berdikari dalam pemikiran tindakan manakala wanita lebih mengikut idea yang disyorkan orang lain.

# Wanita kurang menghargai atau memuji diri mereka berbanding lelaki. Wanita sering mengkritik diri mereka dan lelaki pula sering berpuas hati dengan pencapaian diri.

# Perkara yang memberikan kepuasan juga berbeza. Bagi lelaki, ia adalah karier dan kejayaan sedangkan wanita lebih menitikberatkan keluarga dan anak-anak.

# Lelaki lebih memikirkan mengenai keperluan mencapai impian mereka. Wanita pula lebih menitikberatkan perhubungan berbanding perkara ini.

# Lelaki jatuh sakit pada kekerapan yang sama seperti wanita walaupun wanita lebih prihatin terhadap kesihatan diri. Wanita menghadapi kesakitan atau kerja yang membosankan lebih baik daripada lelaki.

AMALKAN 10 TIPS INI....

Lakukan 10 tips meraih kebahagiaan


1- Duduk sambil beristighfar pada waktu sahur.
والمستغفرين بالأسحار
…dan orang yang memohon ampun diwaktu sahur. (surah Ali Imran : 17)
2- Menyendiri untuk bertafakkur
ويتفكرون فى خلق السموات والأرض
…dan mereka bertafakkur tentang penciptaan langit dan bumi (surah Ali Imran :191)

3-Menjalin hubungan dengan orang-orang soleh
واصبر نفسك مع الذين يدعون ربهم
Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya…(Al-Kahfi :28)

4-Perbanyakkan zikir
اذكروا الله ذكرا كثيرا
…berzikirlah kalian dengan meyebut nama Allah sebanyak-banyakknya.)surah Al- Ahzab : 41)

5-Melakukan solat sunat dua rakaat dengan khusyuk
الذبن هم فى صالاتهم خشعون
Iaitu orang-orang yang melaksanakan solat dengan khusyuk.(surah Al-Mukminun : 2)

6-Bacalah Al-Quran dan renungkanlah isinya
افلا يتدبرون القرءان
Apakah mereka tidak mahu mentadabbur(menghayati isi )Al-Quran. (surah An-Nisa’ :2)

7-Berpuasa sunatlah walaupun pada hari yang panas
يدع طعامه وشرابه وشهوته من اجلي
Ia meninggalkan makanan,minuman dan syahwat kerana Aku.(Hadith)

8-Bersedekahlah secara sembunyi-sembunyi
حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه
Hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.(Hadith)

9-Meringankan beban seorang muslim yang tengah dalam kesulitan
من فرج عن مسلم كربة من كربة الدنيا فرج الله عنه كربة من كرب يوم القيامة
Barangsiapa meringankan kesusahan seorang muslim didunia maka Allah akan membebaskan kesulitannya kelak di hari Kiamat (Hadith)

10-Usahakan menjalani hidup didunia dengan zuhud
والأخرة خير وابقى
Sedangkan kehidupan akhirat itu jauh lebih baik dan lenih kekal (surah Al-A’la : 17)

Saturday, July 26, 2008

Petua Dr Abdullah Nasih Ulwan

Petua Kekalkan UkhwaFillah

Ini satu petua yang bagus (jika diamalkan) untuk mengekalkan solidariti sesama Muslim.
Petua untuk mengekalkan persahabatan:


1. Nyatakan rasa kasihmu kepada saudaramu.

Sabda Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam :
"Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya yang dia kasih kepadanya."
[Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi]

2. Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah.

Umar bin Al-Khattab radhiallahu anhu berkata,
"Saya minta izin kepada Baginda SallaLlahu 'Alaihi Wasallam untuk mengerjakan umrah." Baginda SallaLlahu 'alaihi Wasallam membenarkan dan berpesan; "Jangan lupa bila berdoa untuk kami bersama."
[Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi]

3. Bermanis muka ketika bertemu.

Sabda Rasulullah SallaLlahu 'Alaihi Wasallam:
"Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, walaupun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan."

4. Segeralah bersalam apabila bertemu.

Sabda Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam, maksudnya:
"Tiadalah dua orang Islam yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah."

5. Selalu menziarahi saudaranya dari masa ke semasa (satu tempoh yang tidak terlalu kerap dan tidakterlalu jarang).

Sabda Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam, ertinya:
"Siapa yang mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudara seagama dengannya, menyerulah penyeru (malaikat), engkau baik, perjalanan engkau juga baik dan engkau akan menduduki rumah di Syurga."
Sabdanya lagi di dalam riwayat yang lain:

"Ziarahilah saudaramu untuk menambahkah kasih sayang."

6. Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya danmenyukakan hatinya.

"Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakannya, nescaya Allah Azzawajalla akan menyukakannya pada hari kiamat."

7. Memberi hadiah kepada saudaranya ketika-ketika yang munasabah.

"Hendaklah kamu memberi hadiah, ia boleh membangkitkan kasih sayang dan menghapuskan rasa dendam di hati."
[Riwayat Dailami dari Anas]

8. Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam bersabda, maksudnya: "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan Akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.
Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."

[Riwayat Muslim]

:: Rujukan: Iman, Senjatan Menghadapi Cabaran Zaman karangan Dr Abdullah Nasih Ulwan.

Sunday, July 13, 2008

Erti Seorang Kawan

Bila mana disebut kawan sudah pastinya kita akan terbayangkan kawan-kawan kita. Gelak tawa, suka duka dan segala kenangan bersamanya namun bukan mudah bagi kita untuk memilih kawan yang sebenar-benar kawan, dalam erti kata yang lain kawan yang sanggup berkongsi suka duka senyum tangis dengan kita. Kebanyakan yang ada hanya sanggup berkongsi suka namun duka segelintir saja yang sanggup bertumpang bahu. Hakikatnya untuk berkawan pun kena memilih. Kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan dapat sama bauan minyak wangi tersebut dan begitulah sebaliknya.

Bukan mudah juga untuk memulakan ukhwah andai kita sendiri segan-segan menerima sebuah perkenalan. Usahlah diharapkan kasih sayang orang andai diri sendiri tidak mampu menghulurkan kasih sayang itu kepada orang lain. Bukankah Nabi telah menyebutkan bahawa “Almuslim akhu muslim” yang bermaksud seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain. Ini bukanlah makna kosong yang bisa kita ketahui secara biasa tetapi sabda Nabi ini perlu kita dalami maksudnya dan intipatinya. Saya tinggalkan sabda ini untuk kita lebih mengkaji hakikat kehidupan sesama muslim.
Tidak dinafikan bahawa pergaulan sesama kita berhajatkan adab dan juga akhlak sesama kita. Andai dikoreksi diri kita adakah kita sudah beradab kepada kawan sendiri? Sudah pasti kita sudah banyak menyakiti hati kawan kita tanpa disedari. Bukan mudah kan untuk kita menjaga sekeping hati ini. Mari kita soroti apa yang Nabi ajarkan kepada kita bilamana bergaul atau berada bersama kawan kita...

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: ”Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya”. (Al-Bukhari dan Muslim).

Huraian:

1. Apabila terdapat 3 orang berada dalam satu majlis maka tidak harus dua daripada mereka berbual dan meninggalkan yang ketiga. Perbuatan ini boleh menyebabkan orang yang ketiga berasa dukacita, gelisah dan menimbulkan buruk sangka kerana dirinya tidak dipedulikan.

2. Setiap manusia hendaklah memahami disiplin-disiplin dalam bergaul dan berinteraksi supaya tidak berlaku perkelahian dan pergaduhan.

3. Seorang muslim itu wajib menjauhi sebarang percakapan yang mengandungi unsur-unsur umpat keji, kata mengata dan sebagainya dan tidak menyibukkan diri dengan perkara yang tidak berkaitan dengan dirinya.

Dan untuk muhasabah bersama siapa kawan dihati kita,dan di tempat manakah kita dalam hatinya?


Nukilan ;
Zulfa Hanan

Tuesday, July 1, 2008

19 Hadith Berkenaan Perempuan

1-Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2-Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3-Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4-Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5-Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6-Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7-Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8-Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9-Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10-Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11-Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12-Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13-Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14-Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15-Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16-Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17-Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18-Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19-Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Monday, June 23, 2008

Ingatlah, insafilah

Peringatan Besar buat Kaum Wanita

Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah(mafhumnya)

Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA;
Pada suatu hari aku masuk ke dalam rumah Nabi SAW. Dan bersamaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka apabila aku dekat dengan pintu, Nabi SAW bersabda:

"Siapa yang dipintu itu?"

Maka sahut Siti Fatimah:
"Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah".

Maka tatkala Rasulullah membuka pintu, tiba-tiba kami dapati Nabi dalam keadaannya menangis, sungguh-sungguh menangis. Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya:

"Penebusmu adalah aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. Apakah yang menyebabkan engkau menangis?"

Maka sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya aku telah lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan di kalangan umatku di dalam seksa yang amat sangat. Disebabkan sangat salahnya pekerjaan mereka itu. Kerana itulah yang menyebabkan aku menangis melihatkan keadaan mereka yang diseksa".

Berkata Sayyidina Ali RA :

"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat keadaan mereka itu?

"Maka sabda Rasulullah SAW:

"Aku melihat seorang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya,

Aku melihat seorang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya,

Aku melihat pula seorang perempuan yang digantung dengan dua kakinya dalam keadaan terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya,

Aku melihat seorang perempuan yang digantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila ahlii neraka yang memakannya, nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka, otak dan gusi mereka dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka),

Aku melihat pula seorang perempuan yang digantung dalam keadaan dia memakan dagingnya sendiri sedangkan api neraka dinyala-nyalakan dibawahnya,

Aku melihat pula seorang perempuan yang digantung dan sekalian malaikat menambat dua kakinya kepada dua susunya dan kemudian ditambatkan pula dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan diatas badannya ada beberapa ekor ular dan kala yang mana ular dan kala itu akan memakan daging dan meminum darahnya,

Aku melihat pula seorang perempuan yang digantung dalam keadaannya buta, tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya ada api neraka yang menyebabkan keluar otak daripada kepalanya lalu mengalir pula ke dalam hidungnya.Disebabkan itu badannya berbau teramat busuk dan dia menggelupur seperti terkena penyakit yang dahsyat,

Aku melihat pula seorang perempuan yang digantung dalam keadaan dipotong segala daging di setiap anggota badannya dengan menggunakan gunting api neraka,

Aku melihat pula seorang perempuan yang digantung dalam keadaan hitam mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya,

Aku melihat seorang perempuan yang digantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnya itu beribu-ribu warna daripada azab,

Aku melihat pula seorang perempuan berupa anjing dan api neraka masuk daripada bawah duburnya dan keluar api daripada mulutnya dan sekalian malaikat memukul kepala dan badan mereka dengan pemukul api neraka.

Mendengarkan kisah itu, berdirilah Siti Fatimah RA disisi Nabi SAW lalu berkata:

"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan kepadaku apakah dosa-dosa mereka itu sehingga mereka diseksa sedemikian rupa?"

Nabi SAWbersabda:

"Perempuan yang digantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; ini adalah seksaan bagi perempuan yang tidak mahu menutup rambutnya didepan lelaki yang haram memandangnya,

Perempuan yang digantung dengan lidah dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya;ini adalah seksaan bagi perempuan yang menyakiti hati suaminya.

Perempuan yang digantung dengan dua susunya dan buah zaqqum dituangkan ke dalam lehernya; ini adalah seksaan bagi perempuan yang memberikan air susunya kepada bayi lain tanpa izin suaminya.

Perempuan yang yang digantung dengan dua kakinya dan di dalam kerongkongnya api nereka; ini adalah seksaan bagi perempuan yang keluar rumah tanpa izin suaminya.

Perempuan yang digantung dalam keadaan dia memakan dagingnya sendiri sedangkan api neraka dinyala-nyalakan di bawahnya; ini adalah seksaan bagi perempuan yang memperhiaskan dirinya didepan orang lain bukan didepan suaminya.

Perempuan yang digantung, sekalian malaikat menambat dua kakinya kepada dua susunya dan ditambat pula dua susunya kepada ubun-ubunnya,dijadikan atas badannya beberapa ekor ular dan kala yang mana ular dan kala itu akan memakan daging dan meminum darahnya; ini adalah seksaan bagi mereka yang tidak mahu bersuci daripada mandi junub, haid dan nifas dan bagi mereka yang meringan-ringan sembahyang.

Perempuan yang digantung dalam keadaan buta, tuli dan kelu. Dan di dalam kerongkongnya ada api neraka;ini adalah seksaan bagi perempuan yang berzina sehingga mendapat anak lalu mengatakan bahawa anak itu adalah anak suaminya.

Perempuan yang digantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai;ini adalah seksaan bagi perempuan yang suka mengadu domba/batu api) dan banyak berdusta.

Perempuan yang berupa anjing, api masuk ke dalam mulutnya dan keluar dari duburnya; ini adalah seksaan bagi perempuan yang suka mengungkit-ungkit pemberian dan pertolongannya kepada orang lain dan juga bagi mereka yang suka dengki- mendengki.


~Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah kami mohon perlindungan-Mu dari segala azab yang memedihkan. Berikanlah taufiq dan hidayah-Mu. Amin Ya Rabb...